Friday, 18, October, 2024
Utama Sukan UiTM pertahan gelaran juara keseluruhan Sukan MASUM enam kali berturut-turut

UiTM pertahan gelaran juara keseluruhan Sukan MASUM enam kali berturut-turut

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR – Universiti Teknologi MARA (UiTM) berjaya mengekalkan kejuaraannya pada Karnival Sukan MASUM 2024 setelah menamatkan kejohanan pada fasa 2 ini dengan cemerlang.

Dengan pencapaian cemerlang pada fasa 2 ini, UiTM telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan Karnival Sukan MASUM 2024 selama enam tahun berturut-turut dengan kutipan pingat sebanyak 41 emas, 29 perak dan 27 gangsa secara keseluruhan fasa 1 dan fasa 2.

Pengarah Pusat Sukan UiTM, Ahmad Tarmizy Mohammed berkata, kejayaan ini telah diduga kerana komitment yang diberikan oleh para atlet dan pengurusan sangatlah tinggi. Para atlet terpaksa mengorbankan masa bagi dalam Pelajaran semata-mata untuk berjuang demi Universiti tercinta.

“Karnival Sukan MASUM 2024 pada kali ini terpaksa dianjurkan pada waktu semester bermula. Para atlet terpaksa mengorbankan masa belajar mereka demi berjuang untuk menaikkan nama UiTM.

Komitment yang diberikan oleh atlet dan juga pengurusan amatlah memberangsangkan dengan cuaca yang tidak menentu mereka tetap meneruskan Latihan. Kejayaan ini hasil daripada usaha mereka,” katanya pada Sabtu.

Majlis penutup telah berlangsung di Auditorium Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Azlinda Azman, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Turut dihadiri YBhg. Prof. Ts. Dr. Mohd Mustafa Al Bakri Abdullah, Pengerusi MASUM dan YBhg. Dato’ Seri Prof. Ir. Dr. Noor Azuan Abu Osman, Naib Canselor Universiti Malaya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com