Tuesday, 30, April, 2024
Utama Sukan Sanusi kekal pendirian, duit kerajaan bukan biayai gaji pemain bola sepak

Sanusi kekal pendirian, duit kerajaan bukan biayai gaji pemain bola sepak

oleh Ammar Haziq

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengulangi pendirian bahawa duit Kerajaan Negeri adalah khusus untuk membantu rakyat.

Menurutnya, kerajaan negeri tidak boleh menggunakan wang tersebut untuk membiayai tunggakan gaji pemain Kedah Darul Aman (KDA) FC.

“Saya tak akan guna duit kerajaan untuk bayar gaji bola sepak, sama juga tak guna duit kerajaan negeri untuk bayar gaji pekerja dalam syarikat.

“Polisi ini sangat mudah. Duit bola kita cari duit lain. Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) masih ada dan sudah tolong sejumlah RM16 juta sejak dulu,” katanya pada Sabtu.

Beliau berkata demikian mengulas baki tunggakan gaji yang belum diselesaikan KDA FC setakat ini sehingga menyebabkan timbul kebimbangan penyokong Kedah bahawa KDA FC bakal tersingkir daripada saingan Liga Super 2024-2025.

Jelas Presiden KFA itu, beliau melahirkan kebimbangan penaja mungkin terkesan untuk menyumbang kepada kelab bola sepak disebabkan persatuan pernah disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Januari lalu.

“Bola ini kalau kita cari duit nanti SPRM mai cekup (tangkap), yang tu pun saya hangat hati jugak. 

“Di seluruh dunia, semua persatuan bola sepak dan sukan cari sumbangan, macam-macam cara orang menyumbang, yang tu pun mereka nak cekup kita.

“Nak bermain politik juga dalam sukan, itu yang susah sebab ia boleh membunuh bola sepak negara,” ujar beliau lagi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com