Thursday, 19, September, 2024
Utama Negeri Lelaki parah dihempap pokok tumbang

Lelaki parah dihempap pokok tumbang

oleh Ammar Haziq

SUNGAI PETANI – Nasib malang menimpa seorang lelaki apabila cedera parah di kepalanya selepas dihempap pokok tumbang di rumahnya di Jalan Kampung Nyior, Bukit Selambau, pada awal pagi Selasa.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya, Penolong Penguasa Bomba Azahari Abdullah, panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut terima pada jam 1.18 pagi.

“sepasukan anggota dari BBP Amanjaya yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Rofae Samsuiman bersama lapan anggota dihantar ke lokasi selepas menerima laporan tersebut.

“Semasa di lokasi, didapati berlaku kejadian pokok tumbang yang menghempap sebuah rumah menyebabkan lelaki berusia 34 tahun itu parah di kepala,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, tindakan awal yang dilakukan anggota Bomba adalah mengeluarkan mangsa dalam rumah terbabit sebelum diberi rawatan awal oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi.

Menurut Azahari, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk rawatan lanjut.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com