Monday, 14, October, 2024
Utama Negeri 567 cemas, feri Kuala Perlis ke Langkawi tersangkut benting pasir

567 cemas, feri Kuala Perlis ke Langkawi tersangkut benting pasir

oleh Ammar Haziq

KUALA PERLIS – Seramai 567 penumpang sebuah feri dari Kuala Perlis ke Langkawi mengalami detik cemas apabila feri terkandas dan dipercayai tersangkut pada benting pasir.

Pengurus Besar Konsortium Ferrylines Ventures Sdn Bhd, Kapten Dr Baharin Baharom berkata, feri tersebut berlepas jam 2.30 petang dari Terminal Feri Kuala Perlis itu dipercayai di 0.5 batu nautika daripada Terminal Feri Kuala Perlis.

Menurutnya, hujan lebat berserta angin kencang telah menolak feri daripada laluan asal ke kawasan benting pasir.

“Kesemua penumpang selamat dan walaupun menghadapi kesukaran namun kami dibantu oleh Maritim Malaysia untuk lakukan pemantauan.

“Kerja pemindahan mangsa agak sukar kerana jumlah yang ramai bagaimanapun kita masih menunggu air laut pasang dan feri dijangka dapat meneruskan pelayaran ke Langkawi pada jam 8 malam ini,” katanya.

Sementara itu, Baharin berkata, perjalanan feri dari Kuala Kedah menuju ke Langkawi pada jam 1.30 tengah Hari membawa 120 penumpang, jam 2 petang membawa 149 penumpang dan jam 2.30 petang membawa 410 penumpang menuju ke Langkawi terpaksa berpatah balik ke Terminal Feri Kuala Kedah disebabkan ribut. 

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com