Thursday, 21, November, 2024
Utama Negeri Dua beranak dikhuatiri hilang dibawa arus banjir 

Dua beranak dikhuatiri hilang dibawa arus banjir 

oleh Ammar Haziq

PADANG TERAP – Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang kini sedang mengesan seorang wanita dan anak lelakinya yang dikhuatiri hilang dibawa arus deras banjir kilat di Kampung Tanjung Kiri,Jalan Padang Sanai, Kuala Nerang, di sini pada pagi ini. 

Dua mangsa itu dikenali Salmah Mat Zain, 46 dan anak lelakinya berstatus orang kurang upaya, Muhammad Rosman Rohaidi,19. 

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, Penolong Penguasa Bomba Aminuddin Mad Khozali, pihaknya menerima panggilan melalui talian MERS 999 pada jam 8.29 pagi berkenaan kejadian terbabit.

Katanya, sebuah jentera dari BBP Kuala Nerang digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak 15 kilometer dari balai bomba.

” Setakat ini ketua operasi sedang Menjalankan kerja-kerja pencarian menggunakan bot aluminium,” katanya dalam saty kenyataan.

Operasi tersebut turut disertai BBP Pokok Sena, unit PPDA dari BBP Sungai Petani dan BBP Jitra.

Terdahulu, tular rakaman video yang memaparkan kejadian kedengaran orang ramai cuba menghalang kedua beranak terbabit daripada meredah arus air banjir.

Rakaman video yang tular pula menunjukkan kedua beranak terbabit dibawa arus.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com