Monday, 29, April, 2024
Utama Negeri Kenaikkan tambang feri tidak sesuai ketika ini

Kenaikkan tambang feri tidak sesuai ketika ini

oleh Wartawan Kedah Gazette
Kerajaan disaran mempertimbangkan kembali cadangan menaikkan harga tambang feri. – Gambar hiasan

LANGKAWI – Kerajaan negeri disaran memberi subsidi kepada operator feri sebagai langkah sementara bagi mengelak kenaikan tambang feri antara Langkawi dan tanah besar.

Pada masa sama, kerajaan negeri juga diminta melihat kembali cadangan kenaikan tambang berkenaan.

Seorang pemimpin masyarakat di pulau peranginan itu, Nor Saidi Nanyan berkata, tindakan menaikkan tambang pada masa ini amat tidak wajar memandangkan sektor pelancongan dan perniagaan di Langkawi khususnya cukup terkesan dengan pendemik COVID-19 ini.

Nor Saiďi Nanyan

Beliau yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Langkawi berkata, pihaknya memahami kos operasi feri tidak dapat ditampung disebabkan arahan penjarakkan sosial di dalam feri tetapi kenaikan tambang itu harus dikaji kembali.

Beliau berkata, ketika ini rakyat cukup susah dan terbeban dengan kurangnya pendapatan, penjarakkan sosial ini bersifat sementara dan kemungkinan selepas ini penumpang akan kembali kepada kedudukan asal.

“Saya memohon kerajaan negeri berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk mendapatkan subsidi bagi menampung sementara waktu ekoran arahan penjarakkan sosial ini,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, hal ini sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri Kedah bahawa negeri Kedah ini merupakan tempat “berteduh’ orang miskin,
tempat orang kaya ‘berbakti’.

“Realisasikan hasrat ini menerusi pengekalan harga tambang feri ini kerana menaikkan memang mudah dan turun amat sukar,” katanya.

Sehubungan itu, Nor Saidi berkata, beliau mengharapkan kerajaan, wakil rakyat dan pihak berkuasa pertimbangkan kembali cadangan menaikkan harga tambang feri ini.

“Semoga kerajaan negeri dan kerajaan Pusat prihatin dengan penduduk Langkawi dan perlu men carilah kaedah lain elakkan daripada menaikkan tambang feri,” kata beliau.

Media hari ini melaporkan kerajaan Kedah menunggu persetujuan Kabinet berhubung kadar harga baharu tiket feri ke Langkawi bagi membolehkan konsortium feri di negeri itu terus bertahan ketika pandemik COVID-19.

Exco Pengangkutan negeri, Azman Nasrudin, berkata kerajaan negeri sudah berbincang dengan Kementerian Pengangkutan mengenai perkara itu dan sedang menunggu persetujuan Kabinet. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com