Sunday, 7, September, 2025
Utama Politik PH hormat keputusan BN tidak bekerjasama dengan GRS di PRN Sabah

PH hormat keputusan BN tidak bekerjasama dengan GRS di PRN Sabah

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Harapan (PH) menghormati keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak bekerjasama dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah.

Beliau yang juga Pengerusi PH berkata, gabungan itu tidak tersepit dengan keputusan berkenaan, sebaliknya akan terus berbincang bagi mencari penyelesaian terbaik.

“PH akan terus berbincang juga dengan BN dan GRS. Kita akan terus berunding, apa pun berunding dengan baik dan mencari penyelesaiannya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Temu Mesra Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan di sini, pada Jumaat.

Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan keputusan muktamad BN dan UMNO Sabah untuk tidak bekerjasama dengan GRS pada pilihan raya negeri berkenaan.

Ahmad Zahid berkata, sebaliknya parti itu memutuskan hanya akan bekerjasama dengan PH pada PRN17 Sabah.

Mengikut peruntukan, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-16 akan terbubar secara automatik pada 11 November ini sekiranya tidak dibubarkan lebih awal, sekali gus membuka laluan kepada PRN17.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com