Wednesday, 24, December, 2025
Utama Gaya HidupHiburanPM lawat Galeri Karyawan Nordin Ahmad

PM lawat Galeri Karyawan Nordin Ahmad

oleh Ammar Haziq

BUKIT MERTAJAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam meluangkan masa melawat Galeri Karyawan Nordin Ahmad di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Pasir, satu inisiatif yang diwujudkan bagi menghargai sumbangan pelakon dan pengarah legenda tanah air, Allahyarham Nordin Ahmad.

Dalam lawatan selama kira-kira 30 minit itu, Anwar dibawa meninjau ruang pameran interaktif yang menampilkan foto arkib, memorabilia serta bahan digital berkaitan tokoh kelahiran daerah berkenaan, yang pernah mengangkat filem Melayu ke tahap tersendiri pada era 1950-an dan 1960-an.

Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, dan Menteri Sumber Manusia Steven Sim.

Penubuhan galeri berkenaan disokong melalui Program Levelling Up Seberang Perai (LUSP) yang bertujuan memperingati tokoh seni tempatan serta menjadikan warisan budaya sebahagian daripada pembelajaran di sekolah.

Dibuka pada Januari 2025, galeri itu mengabadikan kehidupan serta karya Allahyarham Nordin Ahmad — anak jati Permatang Pauh yang terkenal dengan lakonan ikonik dalam filem Semerah Padi (1956) dan Hang Jebat (1961).

Sebahagian bangunan bersejarah SK Permatang Pasir yang dibina pada 1888, dan pernah menjadi tempat beliau menuntut ilmu, diubah suai menjadi ruang galeri melalui Program Geran Pekan Seberang Perai di bawah LUSP, dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri dan Lembaga Muzium serta Balai Seni Lukis Pulau Pinang.

Pengerusi Persatuan Karyawan Pulau Pinang, Datuk Dr Sohaimi Abdul Aziz, berkata penubuhan galeri di kawasan sekolah memberi mesej bahawa budaya dan seni boleh dihidupkan dalam ruang kehidupan harian.

Artikel Berkaitan