Friday, 3, May, 2024
Utama Gaya HidupHiburan Azlee Senario dedah pernah dapat RM8,900 hanya lima minit di TikTok

Azlee Senario dedah pernah dapat RM8,900 hanya lima minit di TikTok

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR – Pelawak Azlee Senario mendedahkan memperolehi pendapatan sampingan yang lumayan menerusi siaran secara langsung di platform TikTok.

Menurutnya, dalam tempoh lima minit buat siaran langsung di TikTok, beliau pernah mendapat RM8,900 dan mengakui terkejut dengan ganjaran yang diterimanya itu.

“Saya sebenar tidak sangka orang akan bagi gift. Ia bermula ketika saya jadi juri untuk sebuah program televisyen.

“Ada rakan cadangkan saya buat live di TikTok untuk cari duit lebih buat tambang, tapi saya mula-mula malas.

“Kawan saya ciptakan akaun dan apabila tengok dalam masa lima minit boleh jana pendapatan tinggi, saya pun teruskan hingga kini,” katanya yang ditemui pada majlis sidang media Raikan Yang Dirai Suria FM di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Jelasnya, ganjaran yang diterimanya itu dapat membantu melunaskan komitmen bulanan seperti bayaran rumah dan kereta.

Walaubagaimanapun, beliau tidak tidak membuat siaran secara langsung pada setiap hari.

“Sekurang-kurang sehari dapatkan RM500 (koin atau gift) tapi kalau lebih itu bonus. Jadi, RM500 darabkan dengan sebulan, sebab saya keluarkan setiap hujung bulan. Saya anggap ia pendapatan bulanan saya, katanya lagi.

Pemilik kepada nama sebenar Muhammad Azlee Jaafar, 56, ini menyarankan pelakon senior yang lain agar memanfaatkan platform TikTok jika tidak lagi mempunyai sumber pendapatan daripada lakonan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com