Monday, 18, August, 2025
Utama Nasional PM zahir takziah kepada kerabat Diraja Kedah

PM zahir takziah kepada kerabat Diraja Kedah

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan seluruh kerabat diraja Kedah atas kemangkatan kakanda baginda, Yang Teramat Mulia Datuk Seri Tunku Sakinah Almarhum Sultan Badlishah, semalam.

“Merafak sembah takziah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, serta seluruh Kerabat Diraja atas kemangkatan Yang Teramat Mulia Datuk Seri Tunku Sakinah Almarhum Sultan Badlishah.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat, mengurniakan keampunan serta menempatkan Almarhumah Yang Teramat Mulia dalam kalangan para solihin. Al-Fatihah,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Kedah, Datuk Seri Bakar Din dalam kenyataan memaklumkan Tunku Sakinah mangkat pada usia 95 tahun di Villa Seri Tunku, Alor Setar pada jam 6.35 pagi.

Jenazah Allahyarhamah dimakamkan di Makam Diraja Langgar.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com