Wednesday, 20, August, 2025
Utama Politik Pertemuan Ahmad Zahid – Hajiji cerminkan semangat muafakat kukuh

Pertemuan Ahmad Zahid – Hajiji cerminkan semangat muafakat kukuh

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Pertemuan penuh harmoni antara Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Panglima Hajiji Noor dilihat sebagai isyarat jelas kematangan politik demi memperkukuh kerjasama antara Persekutuan dan Negeri Sabah.

Pertemuan itu berlangsung dalam suasana mesra dan penuh semangat kebersamaan, sekali gus menzahirkan iltizam untuk memastikan kestabilan politik terus terpelihara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kestabilan politik merupakan asas penting dalam menjayakan agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat di seluruh negara.

“Kerjasama erat antara pemimpin negeri dan persekutuan amat penting dalam memastikan aspirasi rakyat dapat direalisasikan secara menyeluruh dan inklusif,” katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau.

Beliau berharap semangat muafakat yang ditunjukkan kedua-dua pemimpin itu akan terus menjadi teras kepada perpaduan nasional yang lebih kukuh.

“Demi masa depan Malaysia yang progresif, adil dan sejahtera untuk semua, perpaduan ini perlu dipertahankan,” jelasnya lagi.

Pertemuan tersebut turut mencerminkan pendekatan Kerajaan MADANI dalam merancakkan agenda pembangunan dengan menekankan prinsip kebersamaan serta keadilan untuk seluruh rakyat Malaysia.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com