ALOR SETAR – Penjaring gol kemenangan Kedah, Hadin Azman semasa mengatasi Felda United FC 2-1 pada aksi ketujuh Liga Super 2020 di Jengka semalam gembira dengan komitmen Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) yang baharu dalam mengatasi kemelut gaji.
Menurutnya, beliau akui gembira dengan situasi tersebut selepas pemain-pemain Lang Merah dibelit kemelut gaji sejak beberapa bulan lalu.
“Alhamdulillah, KFA dah selesaikan sedikit demi sedikit baki gaji yang tertunggak dan saya pun amat gembira dengan situasi sekarang. KFA akan selesaikan dari semasa ke semasa. Pengurusan KFA yang baharu tepati janji kepada pasukan,”katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perlawanan Felda United FC menentang Kedah FA. – KG