Saturday, 27, July, 2024
Utama Sukan Atlet junior ‘kuasai’ calon Anugerah Atlet Terbaik SAM-100plus 2023

Atlet junior ‘kuasai’ calon Anugerah Atlet Terbaik SAM-100plus 2023

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR– Pemenang pingat emas Sukan Asia 2022 yang berlangsung di Hangzhou, China, S Sivasangari antara enam atlet disenarai pendek bagi perebutan Anugerah Atlet Terbaik di Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) – 100PLUS2023.


Kejayaan ratu skuasy dalam pembikinan kelahiran Sungai Petani, Kedah ini meraih dua pingat emas menerusi acara individu dan berpasukan sekali gus menjadi antara atlet negara yang cemerlang di pentas sukan Asia 2023.


Meskipun berdepan episod duka di awal tahun, S Sivasangari memastikan namanya dipahat sebagai juara di kejohanan skuasy Hong Kong Football Club Open pada November tahun lalu.


S Sivasangari bagaimanapun perlu berdepan tentangan daripada rakan sepasukan, Ng Eain Yow yang turut meraih emas dalam acara individu di temasya Sukan Asia Hangzhou, China.


Pemain berusia 25 tahun ini juga turut merangkul masing-masing satu pingat emas dan gangsa di Kejuaraan Asia ke-22 yang berlangsung di Hong Kong pada Jun.


Dua pemain skuasy ini akan berdepan persaingan dengan tiga lagi atlet; Wong Weng Soon dari sukan wushu yang meraih pingat emas (changquan), perak bagi disiplin (jianshu) dan gangsa (qianshu) di Kejohanan Dunia yang berlangsung di Texas, Amerika Syarikat pada November 2023.


Natasha Mohamed Roslan daripada sukan tenpin boling juga cemerlang apabila meraih emas dalam acara individu sementara perak diraih menerusi acara berpasukan dan gangsa bagi acara berpasukan all event.


Gandingan ratu boling padang, Nur Ain Nabilah Tarmizi serta Aleena Ahmad Nawawi juga menyerlah di kejohanan boling padang dunia di Gold Coast, Australia apabila meraih emas dalam acara pairs wanita.


Sementara itu, dua atlet para negara yang seringkali menghiasi podium arena masing-masing Bonnie Bunyau Anak Gustin dari sukan powerlifting dan Cheah Liek Hou terus mendominasi pencalonan bagi Anugerah Atlet Para Terbaik 2023.


Atlet kelahiran Sarawak menggegar gelanggang di Dubai apabila memperbaharui rekod di Kejohanan Piala Dunia Powelifting Para pada Mac tahun lalu.


Angkatan keseluruhan 231kg memastikan rekod baharu dengan hanya kelebihan 1kg memastikan emas menjadi miliknya bagi kategori 72kg ke atas.

Cheah Liek Hou menutup tirai 2023 dengan melakar meraih satu pingat emas menerusi acara perseorangan lelaki di Kejohanan Badminton Para Antarabangsa Fazza Dubai 2023.


Malah, gandingannya dengan Muhammad Fareez Anuar memastikan emas menerusi beregu lelaki SU5 di Kejohanan Badminton Antarabangsa Para Brazil 2023 di Sao Paulo
Pencapaian atlet para, Noor Askuzaimey Mast Salim di Hong Kong apabila meraih emas di Kejohanan Wilayah Asia-Oceania Boccia Dunia memastikan Namanya turut disenarai pendek bagi pencalonan anugerah Atlet Para Terbaik 2023.


Pengerusi Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) – 100PLUS 2023, Hazreen Mubarak melihat edisi 2023 memperlihatkan beberapa wajah baharu dalam senarai akhir membuktikan Malaysia sentiasa memiliki permata sedang digilap.


“SAM mewakili pengamal media sukan tanah air berharap pengiktirafan dan penghargaan menerusi dua kategori untuk atlet negara dan atlet para negara di Anugerah SAM-100PLUS yang dilangsungkan setiap tahun akan menyuntik semangat atlet muda negara untuk berjuang dan membuktikan kemampuan mereka untuk cemerlang di pentas dunia atas slogan Demi Malaysia.


“Pengamal media juga sentiasa memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi bukan sahaja kepada atlet tetapi semua pemegang taruh dalam industri sukan di Malaysia,” kata Hazreen.


Terdahulu, Hazreen menerima kunjungan Pengarah Penglibatan Kerajaan & Industri Fraser & Neave Holdings Bhd, Norazrin Norsyam Yee.


Kerjasama antara SAM dan 100PLUS sudah terjalin sekian lama dan sentiasa menambah baik dari semasa ke semasa.
Pemenang kedua-dua anugerah utama ini akan menerima hadiah wang tunai RM 10,000 dan trofi.


Anugerah Persatuan Penulis-Penulis SukanMalaysia (SAM) – 100PLUS 2023 dijadual berlangsung pada 6 Jun 2024 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.


Selain mengiktiraf atlet yang cemerlang serta mengharumkan nama Malaysia sepanjang tahun 2023, turut dirai di majlis Anugerah SAM-100PLUS adalah wartawan sukan yang berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan lebih RM50, 000 di majlis Anugerah SAM-100PLUS.


Anugerah dibahagi kepada enam kategori; Laporan Berita Terbaik (Media Cetak), LaporanBerita Terbaik (Media Elektronik), Ulasan BeritaTerbaik (Media Cetak), Ulasan Berita Terbaik(Media Elektronik), Laporan Khas Terbaik(Terbuka) dan Fotografi Sukan Terbaik.


Pemenang terbaik keseluruhan untuk kategori kewartawanan sukan akan dinobatkan sebagai penerima Anugerah Siebel dengan hadiah wang tunai RM RM7,000 berserta trofi.


Majlis Anugerah Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia (SAM) – 100PLUS 2019 dijangka dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.


Pengeluar minuman isotonik terkemuka di Malaysia, 100PUS memainkan peranan penting dan menjadi rakan kongsi utama majlis anugerah ini.


SENARAI ATLET TERBAIK SAM:
1995 – Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (badminton)
1996 – Cheah Soon Kit-Yap Kim Hock (badminton)
1997 – Nurul Huda Baharin (menembak)
1998 – Lim KengLiat (renang)
1999-2001 – TiadaAnugerah
2002 – Lim Keng Liat (renang) danS.Premila (karate-do)
2003 – Lim Keng Liat (renang)
2004 – Bryan Nikson Lomas (terjun)
2005 – Nicol Ann David (skuasy)
2006 – Koo Kien Keat-Tan Boon Heong (badminton)
2007 – Wong Mew Choo (badminton)
2008 – Lee Chong Wei (badminton)
2009 – Mohd Azizul Hasni Awang (berbasikal)
2010 – Pandelela Rinong (terjun)
2011 – Nur Suryani Taibi (menembak)
2012 – Pandelela Rinong (terjun)
2013 – Sazali Samad (binabadan)
2014 – Nicol Ann David (skuasy)
2015 – Pandelela Rinong (terjun)
2016 – Lee Chong Wei (badminton)
2017 – Mohd Azizul Hasni Awang (berbasikal trek)
2018 – Muhammad Rafiq Ismail (tenpin boling
2019 – Mohd Azizul Hasni Awang (berbasikal trek)
2020/2021 – Datuk Mohd Azizul Hasni Awang (berbasikal trek)
2022 – Datuk Mohd Syarul Azman (bina badan)

ATLET PARALIMPIK TERBAIK SAM:
2016 – Mohd Ridzuan Mohd Puzi (olahraga)
2017 – Muhd Ziyad Zolkefli (olahraga)
2018 – Mohd Ridzuan Mohd Puzi (olahraga)
2019 – Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting)
2020/2021 – Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting)
2022 – Cheah Liek Hou (badminton para)

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com