Thursday, 2, May, 2024
Utama Sukan Kedah tumpul di Kuala Terengganu

Kedah tumpul di Kuala Terengganu

oleh Ammar Haziq

FOTO MFL

KUALA TERENGGANU – Jaringan tunggal Engku Muhammad Shakir Engku Yaacob cukup untuk membantu Terengganu FC menang tipis 1-0 ke atas Kedah Darul Aman (KDA) FC pada aksi ke-15 Liga Super 2023 di Stadium Sultan Mizan pada malam Isnin.

Jaringan tersebut dihasilkan pada minit ke-16 oleh pemain itu selepas menerima hantaran rendah Azam Azmi Murad.

Engku Muhammad Shakir Engku Yaacob melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti bagi menewaskan penjaga gol KDA, Ifwat Akmal Chek Kassim.

Kejayaan meraih tiga mata penting itu menyaksikan Teengganu FC menebus kembali kekecewaan di pentas separuh akhir Piala FA baru-baru ini apabila disingkirkan oleh Kuala Lumpur City FC.

Ketiadaan Willian Lira yang dilepaskan oleh Sang Kenari jelas memberikan masalah kepada jentera serangan mereka berikutan pemain baharu iaitu Ifedayo dan Moses belum dapat disenaraikan lagi berikutan jendela perpindahan kedua pemain hanya dibuka pada 5 Julai.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com