Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri UMNO tawar diri dicalonkan di Parlimen Alor Setar PRU15

UMNO tawar diri dicalonkan di Parlimen Alor Setar PRU15

oleh Ammar Haziq

Sejak dari PRU1 sehingga PRU14 kerusi Parlimen Alor Setar ditandingi oleh calon Barisan Nasional dari MCA .

Namun pada PRU13 dan PRU14 kerusi Parlimen Alor Setar yang ditandingi oleh MCA telah mengalami kekalahan yang amat teruk .

Saya melihat antara sebabnya ialah pengundi kaum Cina dan India tidak lagi memberi sokongan kepada calon MCA .

Jika dilihat dari peratusan komposisi pengundi mengikut kaum , Melayu 64% , Cina 23% , India 7% dan lain – lain 6%.

Selain sokongan pengundi Cina dan India yang merosot terhadap calon MCA , pengundi Melayu juga sudah mengalih sokongan kepada calon Melayu dan boleh dilihat pada pola pengundian PRU13 dan PRU14 .

Atas sebab – sebab itu , maka UMNO telah menawarkan diri untuk dicalonkan di Parlimen Alor Setar .

Ianya bukan menafikan peranan MCA dalam Barisan Nasional tetapi lebih daripada itu sebagai peluang untuk Barisan Nasional merampas kembali Parlimen Alor Setar daripada PKR / PH melalui calon UMNO yang dilihat lebih ada peluang yang cerah .

Objektif kita ialah menambah kerusi Barisan Nasional dalam Parlimen .

Dato’ Mohd Yusof IsmailKetua UMNO Bahagian Alor Setar / Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Alor Setar

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com