PORT DICKSON – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau kasihan dengan Pas yang kini bersama pemimpin yang pernah memburukkan parti itu dahulu.
Perdana Menteri berkata, hanya dua pemimpin dalam negara yang pernah melabel parti itu sebagai Parti Ajaran Sesat dan parti kafir.
Dua individu itu ialah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Namun, kini, kedua-dua pemimpin itulah disanjung Pas.
“Saya belum pernah dengar pemimpin UMNO kata Pas itu Parti Ajaran Sesat. Siapa yang sebut? Muhyiddin.
“Satu-satunya pemimpin negara yang kata Pas parti kafir… Dr Mahathir.
“Itu yang mereka usung sekarang. Kesian… Kita patut kesian kepada mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Negeri Sembilan di Port Dickson pada malam tadi.
Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan pimpinan Kerajaan Perpaduan yang lain.