Sunday, 28, April, 2024
Utama Nasional Kerajaan cadang bina Lebuhraya Madani Seremban-Jempol

Kerajaan cadang bina Lebuhraya Madani Seremban-Jempol

oleh admin

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengemukakan cadangan pembinaan Lebuhraya Madani Seremban-Jempol pada pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bulan hadapan.

Ketika berucap di Karnival Segalanya Felda di Dataran Seri Jempol semalam, Anwar berkata beliau percaya khabar gembira itu bakal memberi manfaat kepada masyarakat Felda dan rakyat, namun ia bergantung kepada keupayaan ekonomi negara dalam tempoh setahun ini.

“Sebagai Perdana Menteri, saya memahami pembinaan lebuh raya itu akan mengangkat taraf kehidupan rakyat dengan penambahbaikan fasiliti yang akan menjimatkan masa perjalanan.

“Dalam lawatan ke Jempol, saya juga sempat singgah ke Masjid Tuanku Muhriz untuk solat Asar berjemaah selain menyantuni Ahli Jawatankuasa Masjid dan masyarakat setempat, “katanya dalam kenyataan menerusi Facebook beliau hari ini.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com