Monday, 29, April, 2024
Utama Politik Kit Siang masih tidak belajar dari kesilapan – UMNO Kedah

Kit Siang masih tidak belajar dari kesilapan – UMNO Kedah

oleh Ammar Haziq

Ketua Penerangan UMNO Negeri Kedah, Dato’ Shaiful Hazizy Zainol Abidin hari ini membidas kenyataan Tan Sri Lim Kit Siang dengan mengatakan Perlembagaan Persekutuan tidak pernah menghalang mana mana orang bukan melayu untuk menjadi Perdana menteri.

Beliau berkata tindakan Lim Kit Siang itu seolah mahu membakar jambatan perpaduan dan mampu meruntuhkan kerjasama di antara dua gabungan parti politik BN-PH yang sedang diperkasakan.

“Saya sebenarnya tidak faham dengan apa sebenarnya Lim Kit Siang cuba sampaikan dengan kenyataan sebegitu sebab kenyataan sebegitu sudah pasti akan meruntuhkan kerjasama dan nama baik kerajaan perpaduan.”

Dalam pada itu, Ketua UMNO Bahagian Merbok itu juga berpendapat bahawa DAP harus meninggalkan politik lama yang digunakan sebagai ‘kenderaan’ utama parti itu dan DAP juga harus sedar akan kerjasama mereka dengan parti Melayu seperti UMNO.

“DAP perlu sedar yang mereka sudah bekerjasama dengan UMNO. Mereka sudah tidak boleh mengekalkan cara politik lama mereka, politik perkauman”

Shaiful juga menegaskan bahawa Lim Kit Siang perlu mengubah cara politik beliau dan jangan cuba menconteng arang pada UMNO kerana UMNO sama sekali tidak akan bekompromi dengan tindakan sebegini

“Lim Kit Siang perlu mengubah cara politik beliau kalau mahu kerajaan yang terbina ini stabil. Tindakan beliau itu akan secara tidak langsung menconteng arang pada UMNO.”

“UMNO sama sekali tidak akan bekompromi dengan tindakan sebegini kerana UMNO adalah parti keramat Melayu”, katanya.

Baru baru media melaporkan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mengatakan Perkara 43 dalam Perlembagaan Malaysia tidak mengehadkan jawatan Perdana Menteri kepada orang Melayu sahaja di mana orang bukan Melayu juga boleh memegang jawatan itu.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com