Friday, 19, April, 2024
Utama Umum Merungkai misteri binaan kuno dan mistik

Merungkai misteri binaan kuno dan mistik

oleh LX Osman

Kajian demi kajian dilakukan dalm memahami kejadian dan simbolik pembinaan monumen-monumen kuno yang dibina ribuan tahun dahulu. Kajian lapangan telah dilakukan secara aktif sejak 100 tahun lepas namun kebelakangan ini, kemajuan teknologi banyak membantu untuk mendapatkan dapatan yang lebih bermakna.

Dalam Usaha merungkai misteri kejadian dan hikmah di sebalik pembinaan monumen-monumen kuno ini, pastinya timbul dapatan yang sangat mengejutkan. Kali ini, Kedahgazette.com membincangkan binaan zaman dahulu kala yang ditemui bersama dengan penemuan yang menakjubkan.

Stonehenge

Stonehenge adalah penemuan yang mengelirukan bukan hanya arkaelogis malah ia merupakan sumber inspirasi kepada penyair, sejarahwan, pendidik dan pemimpin agama selama berkurun lama. Misteri rantaian batu besar jelas sekali bukan sekadar hanya lagu komedi Norway. Ia menimbulkan seribu satu persoalan. adakah ia sebuah tapak kuno? sebuah tapak konsert? sebuah hospital bersepadu? siapa yang membinanya? alien?

Berdasarkan siri ekskavasi yang dijalankan, terdapat banyak penemuan yang sangat mengejutkan. Sekitar tahun 2013, ekskavasi mendapati Stonehenge sekurang-kurangnya adalah tapak pengebumian bagi golongan ternama.

Tulang-temulang 14 orang perempuan bersama sembilan orang lelaki dijumpai bersama dengan artifak membawa kesimpulan individu yang dikebumikan ditapak tersebut merupakan pemimpin tertinggi masyarakat ketika dalam era Neolitik sekitar 3100 hingga 2140 sebelum masehi.

Persoalan utama yang timbul adalah bagaimana jasad perempuan dikebumikan bersama dengan jasad lelaki. Jika dinilai dari sudut sejarah, wanita tidak mendapat tempat yang tinggi dalam hierarki dalam satu kepimpinan namun terdapat sumber yang menyatakan turut naik status wanita dalam sesebuah komuniti kuno.

Gua misteri era pertengahan

Penemuan lubang arnab di sebuah ladang telah menjadi laluan ke gereja lama terletak bawah tanah merungkai misteri yang telah lama terkubur. Menurut kepecayaan setempat, gua Caynton berdekatan Shifnal di Shropshire digunakan oleh pengikut ajaran Order of Solomon.

Struktur gereja lama tersebut masih dalam keadaan yang baik. Motif disebalik pembinaan gereja tersebut kekal misteri. Namun berdasarkan sejarah England, gua tersebut dikenali sebagai Grotto yang didakwa dibina sekitar kurun ke 18 hingga kurun 19. Ia dibina selepas beratus tahun ajaran itu dimansuhkan.

Terdapat dakwaan bekas penghuni gua tersebut adalah askar katolik yang dikerahkan mengawal perjalanan jemaah katolik yang mengembara melaui jalan berbahaya ke Jerusalem.

Patung Ramses II

Monumen tinggi ini pada awalnya kurang kelihatan dilaluan antara dua bangunan di timur laut Kaherah, apatah lagi ia berada dalam lumpur. Namun setelah lumpur hilang, kelihatan serpihan binaan patung yang didakwa pemerintah agung Mesir suatu ketika dahulu, Ramses II.

Binaan setinggi 26 kaki dijumpai dalam bentuk serpihan bertaburan disekitar bandar ini. Penemuan ini sangat menakjubkan kerana saiz binaan itu sendiri yang besar kata saintis British, Nigel Hetherington.

Ramses II adalah inspirasi dalam puisi bertaju Ozymandias yang menceritakan kemusnahan besar seorang pemerintah yang berkuasa. Penemuan ini telah mengejutkan dunia arkaelogi kerana ia ditemui dalma bandar dan berada terlalu hampir dengan komuniti masyarakat setempat namun tidak diendahkan.

Pihak berkuasa telah memeriksa kawasan ini namun tidka mengambil sebarang tindakan malah membenarkan peniaga membuka perniagaan di kawasan sekitar.

Bandar atas Bandar di China

Pengkaji arkaelogi di China telah berjaya menemukan enam bandar bawah tanah yang berada atas satu sama lain di Kaifeng, China tengah. Bandar tersebut berkembang sepanjang beberapa dinasti lebih dipercaya dibina ketika perang yang berlaku sekitar 475 hingga 221 sebelum masehi.

Kedudukan bandar purba yang terletak berdekatan dengan Sungai Kuning ini rosak ketika perang dan ditenggelami lumpur ketika banjir besar berlaku. Selepas keadaan kembali aman yang kawasan ini diduduki penduduk dan setersunya dibina bandar baharu.

Bandar yang tertua, Daliang dijumpai berada 12 meter ke bawah sementara bandar Kaifeng yang dibina dalam era Dinasti Qing berada 3 meter bawah tanah. Enam bandar yang ditemui berada dua meter atas satu bandar yang lain. ia juga dibina mengikut laluan dan lorong yang asal ia dibina sejak dari Bandar Dailang.

Piramid dalam Piramid

Pengkajian ke atas Piramid El Castillo di Chichen Itza di Mexico telah menemukan dapatan yang turut mengejutkan dunia arkaelogi. Terdapat piramid yang lebih lama dibina dalam piramid yang kelihatan di sebelah luar.

Piramid bahagian luar dibina sekitar tahun 950 hingga 1000 sementara piramid bahagian dalam dibina sekitar 850 hingga 900. Manakala piramid bahagian paling dalam dibina antara 600 hingga 800.

Sepanjang proses mengenalpasti binaan ini, pengkaji menjalankan ujian rintangan elektrik ke bahagian yang menajdi teras binaan ini. Ia merupakan teknik yang selalu digunakan dalam bidang arkaelogi bagi mengetahui lapisan sesuatu binaan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com