Thursday, 28, March, 2024
Utama Politik Rakyat Kedah ‘panas hati’ dengan wakil rakyat PH

Rakyat Kedah ‘panas hati’ dengan wakil rakyat PH

oleh Wartawan Kedah Gazette

SEBAHAGIAN besar rakyat Kedah kecewa terhadap kegagalan kebanyakan wakil rakyat daripada Pakatan Harapan (PH) menjalankan tugas yang diamanahkan selepas mereka memenangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 pada 2018.

Wakil-wakil rakyat PH didapati kerap ‘hilang’ daripada radar apabila rakyat sukar untuk berjumpa bagi mengadu masalah-masalah yang dihadapi mereka.

Kelibat wakil rakyat PH sukar untuk dipandang setiap kali penduduk ditimpa masalah seperti bencaba alam, kemalangan dan keramaian.

Rakyat di Kedah semakin ‘panas hati’, sepanas lit-lit cuaca di negeri Jelapang
Padi ini apabila mengenangkan wakil rakyat mereka yang ‘malas’ berkhidmat.

Kerajaan Kedah gagal mengatasi masalah bekalan air yang semakin kritikal

Lebih parah, prestasi exco-exco kerajaan negeri juga dikategorikan sebagai ‘sangat teruk’ apabila gagal melaksanakan tugas untuk membangunkan negeri ini, sebaliknya mereka hanya meneruskan projek dan rancangan kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu.

Saban hari rakyat dimomokkan dengan alasan yang sama iaitu ‘kerajaan negeri tidak mempunyai kewangan yang kukuh kerana pembaziran dilakukan BN sebelum ini’ apabila banyak projek kemudahan asas tidak dibangunkan termasuk mengatasi masalah air yang semakin kritikal di negeri ini.

Isu agihan imput pertanian seperti baja dan benih padi, selain sistem pengaliran yang tidak cekap juga tidak mampu diselesaikan oleh wakil rakyat dan exco.

Malah segelintir rakyat terpaksa berjumpa dengan pemimpin-pemimpin BN untuk mengadukan masalah yang mereka hadapi.

Exco dan Wakil-wakil rakyat dilihatkan semakin malas untuk memperdulikan rakyat selepas mereka telah dapat mengganggap bakal kalah atau tidak dicalonkan lagi pada PRU ke-15 nanti.

“Saya percaya kerajaan negeri PH sekarang sekadar kerajaan sepenggal sahaja, rakyat dah menyesal kerana memilih PH pada PRU ke-14,” itulah luahan hati seorang penduduk di Taman Wira Mergong, Alor Setar.

Bagaimanapun, penduduk di DUN Anak Bukit pula berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan oleh wakil rakyatnya, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah.

Walaupun Ir. Amiruddin sibuk dengan tugas sebagai Timbalan Menteri Kewangan, namun beliau dan pegawainya cekap menjalankan tugas di DUN berkenaan.

Pada PRU-14, calon PH memenangi 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala pembangkang pembangkang iaitu Pas (15) dan UMNO (3).

Namun, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Guar Chempedak daripada UMNO, Datuk Dr. Ku Abd Rahman Ku Ismail telah menyertai Bersatu, menjadikan PH kini mempunyai 19 kerusi DUN. – KG

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com