ALOR SETAR – Teka-teki kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sidam, Dr. Robert Ling Kui Ee dan ADUN Lunas, Azman Nasrudin dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah terjawab apabila mereka mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini.
Selain itu, Robert dan Azman juga mengumumkan mereka menjadi ADUN Bebas serta memberi sokongan padu Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Saya Azman, bersama Yb Robert mengumumkan keluar daripada PKR dan memberikan sokongan padu kepada perdana menteri.
“Kami akan berkhidmat sebagai ADUN bebas,” katanya dalam sidang akhbar yang diadakan di pusat khidmatnya di Sungai Petani sebenar tadi.
Dengan pengumuman Ling dan Azman itu, Menteri Besar Mukhriz Mahathir kini mempunyai sokongan 17 kerusi di DUN dan PN pula 19 kerusi. – KG