544
Tarik Sokongan Jika PN Mungkir Janji
- Polemik pelantikan Ketua Menteri Sabah dari Gabungan Rakyat Sabah tidak sepatutnya berpanjangan.
- Ini kerana telah ada persefahaman BN akan menamakan Ketua Menteri sekiranya gabungan ini menang dalam PRN.
- BN telah dijanjikan kerusi Ketua Menteri sekiranya Gabungan Rakyat Sabah menang sebagai balasan melepaskan kerusi-kerusi DUN yang dimenangi dalam pilihan raya lalu kepada Adun-Adun yang melompat menyertai Bersatu.
- Walaupun sedih dengan kehilangan kerusi-kerusi tradisi ini, kami berlapang dada dan menerima kehadiran mereka dan berusaha memastikan mereka menang.
- Malangnya madu diberi, tuba dibalas. Janji dimungkiri atas alasan PN lebih tiga kerusi.
- Perikatan Nasional menang 17 kerusi dan Barisan Nasional 14. Dan ini telah dijadikan alasan untuk melantik Ketua Menteri dari Bersatu.
- Apakah Bersatu lupa bahawa di Perak, PN hanya mempunyai 8 kerusi berbanding BN 25, namun yang menjadi MB adalah dari Bersatu?
- Tidak cukup itu calon-calon bebas yang menewaskan calon BN di bawa masuk ke dalam PN dengan pantas untuk mengukuhkan Bersatu.
- Ini bukan soal UMNO tamak kuasa atau tidak mahu berkongsi kuasa.
- Namun kalau perkongsian ini tidak menghasilkan keadilan, maka apa guna perkongsian ini?
- Justeru jika esok Ketua Menteri Sabah dari Bersatu maka sewajarnya Ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional memohon mengadap DYMM YDP Agong menarik balik sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Kerajaan Perikatan Nasional.
- Penarikan sokongan akan membawa kepada pembubaran Parlimen.
- Dalam keadaan kerajaan yang tidak stabil dengan majoriti tipis, pembubaran Parlimen adalah satu langkah yang perlu dipertimbangkan bagi mengembalikan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.
- UMNO tidak sombong namun jangan pula sampai dibuli membuta tuli.
Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin
Ketua Pemuda
UMNO Bahagian Titiwangsa