Monday, 29, April, 2024
Utama Negeri Terkini: PKPD Kota Setar tamat 25 September

Terkini: PKPD Kota Setar tamat 25 September

oleh Ammar Haziq

𝗧𝗘𝗥𝗞𝗜𝗡𝗜 : 𝗣𝗞𝗣𝗗 𝗞𝗢𝗧𝗔 𝗦𝗘𝗧𝗔𝗥 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗧 𝟮𝟱 𝗦𝗘𝗣𝗧 𝟮𝟬𝟮𝟬
TEMCO Diteruskan di Rumah Pangsa Seberang Perak

Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Secara Pentadbiran (PKPDP) di Daerah Kota Setar bermula pada 11 September 2020 dan akan tamat pada hari ini, 25 September 2020.

Walaubagaimanapun, setakat 24 September 2020, penilaian risiko yang dijalankan oleh anggota KKM mendapati masih terdapat lokasi yang berisiko tinggi bagi penularan COVID-19 di daerah tersebut.

Kawasan paling berisiko tinggi adalah di Rumah Pangsa Tongkang Yard (Seberang Perak).

Seramai 94 orang penduduk di lokasi tersebut telah disaring dan 9 daripadanya telah didapati positif COVID-19 yang melibatkan 5 buah rumah.

Mengambil kira penilaian risiko terhadap penularan wabak ini, kerajaan bersetuju
bahawa PKPDP di Kota Setar ditamatkan pada 25 September 2020, namun melanjutkan PKPDP Secara Bersasar atau Targetted Enhanced Movement Order (TEMCO) di Rumah Pangsa Tongkang Yard (Seberang Perak) sehingga 7 Oktober 2020.

Pelanjutan tempoh ini diperlukan bagi tujuan membolehkan saringan kedua dilakukan oleh pihak KKM.

Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Korok Lama juga akan ditutup bermula pada 26 September 2020 sehingga 9 Oktober 2020.

Pihak PDRM dan ATM akan membuat kawalan pergerakan di lokasi tersebut bagi memastikan semua penduduk mematuhi SOP dan Perintah Kuarantin di Rumah.

YB DATUK SERI ISMAIL SABRI YAAKOB
MENTERI KANAN PERTAHANAN
25 September 2020

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com