TEKS/FOTO : IKBN JITRA
JITRA – Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra telah memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan Syarikat Bismi Cergas Sdn Bhd, untuk menyediakan peluang, ruang dan pendedahan kepada para pelatihnya menjalani latihan industri dalam bidang elektrik dan mempelajari mengenai pengurusan perternakan dalam industri perkhidmatan makanan.
Para pelatih IKBN Jitra akan menjalani latihan industri terutama dalam bidang elektrik dengan syarikat selama 6 bulan bagi melengkapkan syarat untuk persijilan PW2 oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).
“Menerusi program latihan ini, para pelajar boleh menyiapkan diri lebih awal untuk kerjaya itu dalam melangkah ke industri perkhidmatan,” kata Pengarah IKBN Jitra, Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria dalam ucapannya ketika merasmikan pemeteraian MOU di Pejabat Urusan Bismi Ceegas Sdn Bhd hari ini.
Beliau berkata yang program itu juga akan memberikan peluang kepada pelatih mengasah ‘skill’ yang berkaitan dengan membantu mereka mendapatkan pengalaman semasa latihan dengan Syarikat Bismi Cergas Sdn Bhd.
Sebaik sahaja para pelatih berjaya melengkapkan program latihan industri dan mendapat persijilan, mereka akan ditawarkan pekerjaan di Syarikat Bismi Cergas Sdn Bhd,” tambah beliau.
Selain itu, kerjasama yang terjalin ini juga memberi faedah kepada Syarikat, dimana beberapa program lain seperti TOT dan Latihan Sangkut Industri (LSI) turut dilaksana bagi meningkatkan kemahiran pekerja-perkerja di Bismi Cergas dan IKBN Jitra.
BIsmi Cergas merupakan syarikat pengeluar ayam yang terbesar di utara Malaysia yang berkonsepkan halal muslim 100% yang dikendalikan sepenuhnya oleh anak tempatan. Syarikat ini menggunakan kaedah penternakan ladang ayam secara bertutup yg menitikberatkan kebersihan dimana memerlukan tenaga kerja yang mahir di dalam bidang pendawaian elektrik.
IKBN Jitra merupakan Institut Latihan Kemahiran Awam yang menawarkan bidang kemahiran seperti Mekanikal (Kimpalan dan Pemesinan), Tekstil, Automotif Dan Elektrik. Selain mempelajari bidang kemahiran, pelatih juga turut diajar untuk menjadi seorang usahawan melalui kursus-kursus dan latihan keusahawanan.
Majlis menandatangani MoU di sempurnakan oleh Encik Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah IKBN Jitra dan Encik Jaffri bin Ahmad, Pengarah Bismi Cergas Sdn Bhd. Majlis turut disaksikan oleh Encik Mohamad Ali Hafiz bin Ahmad, Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan IKBN Jitra dan Puan Mazlina bt Kamarudin, Pengarah Urusan Bismi Cergas Sdn Bhd.