Sunday, 28, April, 2024
Utama Negeri Remaja 13 tahun ‘diratah’ dua pelajar lelaki dalam kereta

Remaja 13 tahun ‘diratah’ dua pelajar lelaki dalam kereta

oleh Ammar Haziq
PDRM

SUNGAI PETANI, 4 OKT – Seorang remaja perempuan membuat laporan polis selepas mendakwa menjadi mangsa rogol dua lelaki dalam sebuah kereta di bawah terowong berhampiran sebuah kawasan perumahan di Bedong, dekat sini awal pagi Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa yang juga pelajar tingkatan satu sebuah sekolah itu mendakwa dia dirogol rakan lelaki yang baru dua minggu dikenali dan seorang lagi suspek sebelum membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit, semalam.

Menurut sumber, mangsa sebelum itu keluar daripada rumahnya jam 8.15 malam Ahad lalu dan dia dibawa seorang rakan lelaki yang juga pelajar tingkatan tiga di sekolah sama dengan menaiki motosikal.

“Mangsa memberitahu dia dibawa rakan lelaki yang baru dua minggu dikenalinya itu makan di Gunung Jerai sebelum dibawa ke rumah rakannya itu di sebuah kampung di Bedong.

“Suspek kemudian mengajak mangsa menaiki Proton Wira bersama empat lagi rakan lelaki lain sebelum dibawa ke satu lokasi di bawah terowong berhampiran kawasan perumahan,” katanya.

Sumber berkata, ketika berada dalam kereta di bawah terowong itu, mangsa dirogol dua suspek termasuk rakan lelaki yang baru dikenalinya manakala tiga yang lain berada di luar kenderaan.

“Berikutan itu, polis kini sedang memnburu semua suspek berusia lingkungan 15 hingga 25 tahun bagi membantu siasatan berhubung kes terbabit.

Mangsa sudah dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian terbabit namun enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com