Monday, 6, May, 2024
Utama Negeri TH taja lebih RM800,000 bantu peserta Return To Work bangkit semula

TH taja lebih RM800,000 bantu peserta Return To Work bangkit semula

oleh Ammar Haziq

KULIM: Lembaga Tabung Haji (TH) telah menaja lebih RM 800,000 sebagai manifestasi sokongan kepada pelaksanaan program Return To Work (RTW) pada tahun lalu.

Pengarah PERKESO Negeri Kedah, Rak Boon Tan Rat, memaklumkan pelaksanaan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu hasil kerjasama dengan Lembaga Tabung TH.

Menerusi pendekatan sedemikian, katanya, ia diyakini berupaya memberi sokongan dan galakan kepada mereka yang pulih daripada kecederaan atau penyakit untuk bangkit semula bekerja dalam keadaan sihat serta selamat.

Pada Khamis, dua peserta Return To Work (RTW) menerima bantuan berupa peralatan keusahawanan melalui Program Cakna Prihatin.

“Antara penerima Cakna Prihatin adalah Mohd Sabri Ali, Orang Berinsurans(OB) dan peserta RTW yang pernah mengalami strok (angin ahmar).

”Beliau yang juga pencarum PERKESO menerima peralatan memasak tajaan TH bernilai RM2,647 seperti Kuali Range, Soup Pot C/W Stand & Burner dan peti sejuk beku sebagai pemangkin semangat dalam meningkatkan lagi jualan makanan dan minuman yang diusahakannya.

“Usaha sama ini adalah komitmen berterusan PERKESO-TH dalam memastikan pencarum yang menerima bantuan berjaya keluar daripada belenggu kemiskinan rentetan masalah kesihatan hingga menjejaskan sumber pendapatan mereka.

“Untuk rekod, sepanjang tahun lalu TH menaja lebih RM 800,000 sebagai manifestasi sokongan kepada pelaksanaan program ini, termasuk latihan dan penempatan pekerjaan,” katanya.

Hadir sama pada sesi penyerahan peralatan keusahawanan berkenaan adalah Pengurus Lembaga Tabung Haji Kulim, Zurita Khidzir.

Mengulas lanjut, Rak Boon Tan Rat berkata, sebanyak RM357,000 daripada keseluruhan dana diperuntukkan untuk tajaan perniagaan, dengan 10 pencarum menerima peralatan keusahawanan bernilai hampir RM29,000.

Selain itu, katanya, 12 lagi individu menerima tajaan caruman Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) berjumlah RM2793.60 di Kedah.

Pada majlis sama, seorang lagi pencarum, Mohd Syawalri Ismail, yang mengalami kemalangan jalan raya dan kecederaan kepala (Traumatic Brain Injury) turut menerima sumbangan peralatan keusahawanan bernilai RM 1,939 dengan harapan ia mampu membantu dalam perkembangan perniagaannya.

Alatan yang diberikan termasuk peti sejuk beku, pengisar komersial, meja lipat papan, payung pasar malam serta Jug Assembly.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com