Friday, 29, March, 2024
Utama Sukan Sang Kenari mula pamer karakter – pemilik KDA FC

Sang Kenari mula pamer karakter – pemilik KDA FC

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Kedah Darul Aman (KDA) FC semakin menunjukkan prestasi yang semakin baik walaupun gagal meneruskan momentum kemenangan selepas tewas tipis 3-2 kepada Selangor FC pada aksi Liga Super 2023 pada Rabu.

Pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata, pasukannya beraksi pada tahap terbaik dan kesungguhan dapat dilihat pada perlawanan tersebut cuma rezeki sahaja yang tidak memihak kepada mereka di yang turun beraksi di Kelana Jaya.

“KDA FC gagal dan kalah dengan Selangor FC dalam satu perlawanan yang penuh intensiti. Hati sedih dengan kekalahan.

“Ramai peminat dan penyokong KDA FC sudah pasti sedih dan kecewa. Tapi saya tetap bangga dengan persembahan Sang Kenari. Persembahan terbaik mereka,” katanya.

Mohd Daud berkata, semua pemain Sang Kenari sudah mula mempamerkan karakter mereka seperti yang diperkatakan oleh Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain.

Ujarnya, pasukan itu akan kembali bangkit pada aksi seterusnya dan memohon sokongan berterusan penyokong KDA FC.

KDA FC bakal menerima kunjungan satu lagi pasukan yang berada di kelompok atasan liga super iaitu Sabah FC pada 2 Jun ini.

Sang Kenari kini berada di tangga kelima dengan 22 mata manakala The Rhinos berada di tangga keempat dengan 24 mata selepas 12 perlawanan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com