Friday, 17, May, 2024
Utama Nasional Penjualan Kidzania Singapore, PM akan bincang dengan Khazanah

Penjualan Kidzania Singapore, PM akan bincang dengan Khazanah

oleh Ammar Haziq
Anwar hadir solat Jumaat di Masjid Raja Haji Fisabilillah, di sini, pada Jumaat.

CYBERJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan mesyuarat bersama pengurusan Khazanah Nasional Bhd berhubung penjualan Kidzania Singapore pada harga yang terlalu rendah.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata mesyuarat itu diadakan bagi mendapat maklumat yang terperinci mengenai perkara itu.

“Itu saya akan bermesyuarat dengan mereka,” katanya.

Anwar yang juga merangkap Pengerusi Khazanah berkata demikian ketika ditanya mengenai laporan penjualan taman tema itu selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Raja Haji Fisabilillah, di sini, hari ini.

Khazanah dan Boustead Holdings Bhd dilaporkan telah menjual KidZania Singapore yang telah ditutup operasi perniagaannya kepada Sim Leisure Group Ltd yang disenaraikan di Singapura pada harga S$110,000.

KidZania Singapore, yang dibuka pada April 2016 di Pulau Sentosa, Singapura, ditutup pada 2020, selepas terjejas akibat pandemik COVID-19.

Theme Attractions Resorts and Hotels Sdn Bhd (TARH), anak syarikat Khazanah, memiliki 80 peratus pegangan dalam Rakan Riang Pte Ltd (Rakan Riang Singapore), yang mengendalikan Kidzania menerusi usaha sama dengan Boustead Curve – anak syarikat Boustead Holdings.

Dipercayai bahawa Khazanah dan Boustead pada awalnya menyuntik sebanyak SG$48 juta (RM165.52 juta) ke dalam projek tersebut.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com