Sunday, 14, July, 2024
Utama Nasional KPDN anjur Jualan Rahmah Beras mulai esok

KPDN anjur Jualan Rahmah Beras mulai esok

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR:Kerajaan menerusi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menganjurkan program Jualan Rahmah Beras mulai esok.

Timbalan Menterinya, Fuziah Salleh berkata, usaha itu adalah bagi membantu rakyat yang kini terbeban dengan kenaikan harga beras tempatan.

“Esok kita akan lancar Jualah Rahmah Beras di mana rakyat akan dapat beras dengan harga diskaun dan subsidi oleh kerajaan di bawah KPDN,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Fuziah berkata demikian ketika penggulungan perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Isnin.

Menurutnya, langkah itu diambil selepas mendengar rungutan rakyat yang kecewa dengan kenaikan mendadak harga beras putih tempatan.

Dalam pada itu, KPDN akan mengumumkan mengenai mekanisme berkaitan pelancaran program itu tidak lama lagi.

“Sebenarnya berkenaan kawal selia padi dan beras, kita semua tahu ia di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).KPDN tiada kuasa mengawal pun, harga pun tak.


“Tetapi hari-hari kita dengar rintihan rakyat, maka KPDN cuba cari jalan bagaimana dalam ruang lingkup bidang kuasa kita boleh menyelesaikan isu kenaikan harga beras import dan tiada beras tempatan seperti didakwa,” ujarnya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com