Sunday, 5, May, 2024
Utama Politik Semangat perjuangan dan idealisme reformasi harus tetap semarak di hati ahli PKR – Anwar

Semangat perjuangan dan idealisme reformasi harus tetap semarak di hati ahli PKR – Anwar

oleh Ammar Haziq

PETALING JAYA:Semua ahli PKR diingatkan agar terus semangat dalam perjuangan dan idealisme reformasi yang kental bagi bersama memacu negara yang lebih gemilang.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu telah melalui zaman yang penuh getir sejak 25 tahun lepas dan itu merupakan ledakan suara reformasi yang dibawa PKR untuk membawa perubahan demi menyelamatkan bangsa dan negara.

“Saya harap rakan-rakan reformis awal dan anak-anak muda dapat terus menjiwai semangat perubahan untuk menyelamatkan bangsa dan negara serta kekal hidup sebagai negara yang bersatu dan memacu pertumbuhan menjadi negara yang maju dan cemerlang di rantau ini,” katanya.

Anwar yang juga Perdana Menteri berkata demikian melalui video ringkas yang ditayangkan pada Majlis Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Reformasi dan Perasmian Perdana Mesyuarat Agung Tahunan Cabang, Wanita dan Angkatan Muda Keadilan PKR Selangor 2023 di sini malam ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari merangkap Pengerusi PKR Selangor.

Anwar juga merakamkan penghargaan kepada Amirudin, yang menganjurkan program itu sebagai acara untuk mengingati, menyantuni dan menghargai pejuang reformis awal.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com