Monday, 29, April, 2024
Utama Negeri Prof Emeritus Ibrahim dilantik Pengerusi MPLPU 2023-2025

Prof Emeritus Ibrahim dilantik Pengerusi MPLPU 2023-2025

oleh Ammar Haziq

SINTOK – Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof. Emeritus Datuk Dr. Ibrahim Komoo dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Awam (MPLPU) yang baru bagi tempoh 2023 hingga 2025.

Keputusan pelantikan itu dibuat dalam Mesyuarat Majlis Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Awam ke-12 Bil 1/2023 hari ini di Bilik Senat, Bangunan Canselori Sultan Sallehuddin, UUM.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Pengerusi MPLPU yang juga Pengerusi LPU UUM, Tan Sri Dr. Mohd Shukor Mahfar.

UUM sebelum ini menjadi Pengerusi dan Sekretariat MPLPU selama lima tahun bermula dari 2018 hingga 2023.

MPLPU ini merupakan saluran komunikasi di kalangan Pengerusi LPU Universiti Awam untuk berkongsi pandangan, cadangan, syor, saranan dan rangsangan demi kebaikan bersama untuk memacu kecemerlangan universiti.

Terdahulu semua delegasi dibawa ke Anjung Tamu, Muzium Pengurusan UUM dan Galeri UUM sebelum memulakan mesyuarat.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com