Friday, 22, November, 2024
Utama Politik Dr Akmal layak barisi kabinet Kerajaan Perpaduan

Dr Akmal layak barisi kabinet Kerajaan Perpaduan

oleh Ammar Haziq

POKOK SENA – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena percaya bahawa Ketua Pemudanya, Dr Akmal Saleh layak dan sesuai untuk dilantik ke dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim jika berlaku rombakan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena, Mohd Farhan Ahmad berkata, Dr Akmal mempunyai pengalaman, pengetahuan, dan visi yang dapat menyumbang kepada pembangunan Malaysia MADANI dan kesejahteraan rakyat.

Menurutnya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Melaka itu telah menunjukkan kesediaan untuk menyokong reformasi dalam sistem politik dan pentadbiran negara. 

“Beliau mempunyai visi yang jelas tentang bagaimana untuk membawa perubahan yang positif melalui pemikiran segar dan pendekatan inovatif.

“Revitalisasi institusi-institusi yang penting akan memastikan bahawa Malaysia terus relevan dalam era global yang berubah dengan cepat. Beliau juga berpegang pada nilai rekonsiliasi, yang sangat penting dalam menyatukan masyarakat yang berbilang kaum dan agama di negara kita,” katanya.

Mohd Farhan yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa dan NGO Pemuda UMNO Negeri Kedah berkata, Pemuda UMNO Pokok Sena juga menggesa supaya proses pemilihan ahli kabinet dilakukan secara telus dan berdasarkan kebolehan serta potensi individu-individu yang terbaik untuk mewakili pelbagai segmen masyarakat. 

Menurutnya, hal ini akan memastikan bahawa kabinet baru Malaysia MADANI mempunyai kepelbagaian pandangan dan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com