Saturday, 27, April, 2024
Utama Politik Exco Armada jawab surat tular mohon jawatan GLC Kedah

Exco Armada jawab surat tular mohon jawatan GLC Kedah

oleh Ammar Haziq
surat yang tular di laman media sosial hari ini. Foto kecil Muzzammil.

Exco Armada Bersatu, Muzzammil Ismail menyifatkan suratnya yang memohon pekerjaan di GLC Kedah sedang tular di media sosial sebagai usaha untuk memburukkan imejnya ketika Bersatu akan mengadakan pemilihan tidak lama lagi. Berikut luahannya di Facebooknya;

  1. Saya mengambil maklum berkenaan penularan satu surat yang dikaitkan dengan saya kepada YAB Menteri Besar Kedah.
  2. Surat itu tiada satu patah perkataan yang bercanggah dengan undang-undang atau integriti mahupun merasuah.
  3. Saya berpendapat penyebaran surat berkenaan yang dikaitkan dengan saya itu tidak lebih daripada tindakan zalim pihak tertentu yang cuba untuk memburukkan imej saya apatah lagi ketika parti akan berhadapan pemilihan tidak lama lagi dan pendirian menyokong kerajaan hari ini.
  4. Perbuatan ini hanyalah berniat hasad dendam dan menimbulkan fitnah serta prejudis terhadap saya terutama dalam waktu sekarang. Saya tidak berkecil hati, saya berdoa Allah lembutkan hati mereka yang berniat jahat pada saya.
  5. Fokus utama saya sekarang adalah membantu kerajaan dan rakyat melalui khidmat politik dan profesionalisma saya.

Muzzammil Ismail

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com