Sunday, 14, July, 2024
Utama Nasional Jangan pecah belahkan rakyat guna isu Palestin

Jangan pecah belahkan rakyat guna isu Palestin

oleh Ammar Haziq

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan segelintir pihak agar tidak menggunakan isu Palestin untuk memecah-belahkan rakyat di negara ini.

Tegas Perdana Menteri, sebarang keputusan berhubung Palestin dibuat secara bersama terutamanya negara-negara Islam dan sekitar negara berkenaan.

“Apa pun keputusan kita runding bersama, saya tahu sesetengah pihak kurang sabar, dia mula menyerang sana, menyerang sini.

“Saya nak katakan keputusan kita buat secara bersama, dengan negara-negara Islam terutamanya sekitar Palestin.

“Jangan gunakan isu ini untuk memecah belahkan kita. Belajar daripada pengalaman. Masa kita di sini untuk perkuatkan perpaduan kita, pertahankan kebebasan kita dan hak kita.

“Kita harus sampaikan kepada kawan-kawan kita, baik Islam, Cina, India, Sabah dan Sarawak. Isu ini, isu bersama,” katanya ketika menyampaikan Pidato Kemuncak Himpunan Malaysia Bersama Palestin di Stadium Arena Axiata di sini pada Selasa malam.

Terdahulu, ribuan orang ramai hadir menyatakan solidariti kepada Palestin dalam Himpunan Malaysia Bersama Palestin, yang turut dihadiri oleh ketua-ketua perwakilan negara.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com