Wednesday, 22, May, 2024
Utama Nasional Surat kepada Sanusi jemput sertai lawatan ke Bukit Kayu Hitam, tidak sebut mesyuarat ‘pre-council’

Surat kepada Sanusi jemput sertai lawatan ke Bukit Kayu Hitam, tidak sebut mesyuarat ‘pre-council’

oleh Ammar Haziq

PUTRAJAYA: Wisma Putra menjelaskan bahawa surat jemputan kepada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bertarikh 25 Nov lepas adalah untuk menyertai program lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke ICQS Bukit Kayu Hitam pada 27 Nov, tanpa menyebut mesyuarat pre-council.

Menurutnya jemputan dibuat adalah berdasarkan kesesuaian penglibatan Menteri Besar Kedah dalam program berkenaan.

Penjelasan itu dibuat dengan merujuk kepada kenyataan Muhammad Sanusi semasa Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah pada 29 Nov mengenai ketiadaan kerusi disediakan untuk beliau semasa mesyuarat pre-council bersama Perdana Menteri di Hotel Raia, Alor Setar yang diadakan sebelum bermulanya lawatan kerja Perdana Menteri ke Sadao, Thailand pada 27 Nov.

Menurut kenyataan itu Menteri Besar Kedah tidak terlibat dalam mesyuarat pre-council bersama Perdana Menteri dan surat bertarikh 25 Nov itu juga tidak menyebut tentang mesyuarat pre-council.

“Apabila Menteri Besar Kedah mengambil keputusan untuk turut hadir ke mesyuarat pre-council ini, YAB Perdana Menteri telah menyediakan kerusi untuk beliau,” kata Wisma Putra.

Menurutnya Muhammad Sanusi juga tidak terlibat dalam lawatan Perdana Menteri ke Sadao, Thailand, namun bagi memenuhi permintaan beliau di saat akhir, Perdana Menteri telah bersetuju mengizinkan beliau menyertai delegasi rasmi.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com