Saturday, 27, April, 2024
Utama Nasional Pendaftaran PADU dijangka meningkat menjelang 31 Mac

Pendaftaran PADU dijangka meningkat menjelang 31 Mac

oleh Ammar Haziq

PENDANG – Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM ) menjangkakan pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bakal meningkat dalam tempoh lapan hari ini menjelang tarikh akhir pendaftaran sistem itu pada 31 Mac.

Ketua perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kadar pendaftaran harian semakin meningkat baru-baru ini terutamanya melibatkan golongan muda di negara ini.

Menurutnya, terdapat kira-kira 20 juta rakyat terdiri daripada golongan muda dalam kumpulan yang berumur 18 tahun.

“Kita jangka kita akan boleh mencapai jumlah yang lebih tinggi daripada apa yabg kita capai sekarang . Sebenarnya kalau kita lihat kapasiti, kita lihat boleh menerima pendaftaran sehingga dekat 700,00 hingga 800,000 satu hari.

“Sebagai contoh, pihak kami telah merekodkan lebih 300,000 pendaftaran dalam satu hari sebelum ini,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan dalam Siri Jelajah PADU Komuniti Siam di Kampung Tok Set, di sini pada Ahad.

Mohd Uzir turut menyeru agar semua penduduk di negara ini dan Kedah mengambil peluang berbaki lapan hari ini sebelum pengemaskinian PADU ditutup.

Jelasnya, lebih 7.36 juta rakyat Malaysia iaitu mencakupi 35 peratus daripada penduduk di seluruh negara ini telah mendaftar PADU setakat ini.

“DOSM akan mempergiatkan dalam tempoh lapan hari lagi untuk memaksimumkan kadar pendaftaran dan bersiap sedia untuk menampung sehingga 800,000 pendaftaran setiap hari.

“Kami akan memperluaskan penyediaan kaunter pendaftaran fizikal dan meningkatkan jangkauan melalui pelbagai platform media untuk menekankan kepentingan PADU,” ujar beliau.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, pendaftaran PADU di Kedah memberangsangkan dengan 33 peratus atau kira-kira 533,000 daripada 1.5 juta rakyat Kedah berumur 18 tahun ke atas mendaftar dalam sistem tersebut.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com