Friday, 22, November, 2024
Utama Negeri 100 anak yatim diraikan sempena Aidilfitri 

100 anak yatim diraikan sempena Aidilfitri 

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Seronok dan terharu  itulah perkataan yang dapat menggantikan kegembiraan 100 orang anak anak yatim yang diberikan tajaan membeli baju raya sempena kedatangan Aidilfitri.

Program yang dianjurkan oleh Pusat Jagaan Anak Yatim Smart IQ ini menghimpun anak anak yatim sekitar Alor Setar, Kubang Pasu, Kuala Kedah, Air Hitam dan Perlis untuk membeli baju raya dengan pilihan masing-masing. 

Menurut Pengerusi Pusat Jagaan Anak Yatim Smart IQ, En Muhammad Azki Hafizi Ibrahim, Program sumbangan yang dinamakan Projek Baju Raya Anak Yatim Smart IQ ini adalah program tahunan Pusat Jagaan mereka.

Tambahnya,  program ini bertujuan meringankan beban keluarga anak anak yatim terpilih yang rata-rata mereka adalah dari keluarga yang susah.

“Semoga dengan sumbangan ini dapat memberikan keceriaan anak anak yatim menyambut hari lebaran seperti kanak-kanak yang lain. 

“Mereka berhak merayakan AidilFitri dengan penuh kegembiraan walaupun ketiadaan ayah mereka, katanya lagi,” katanya.

Program yang dijalankan di salah sebuah gedung membeli belah terbesar di Alor Setar, Kedah mendapat sumbangan dari Pusat Jagaan Anak Yatim Smart IQ, badan korporat, syarikat perniagaan dan orang perseorangan.

Program berjalan dengan lancar dan tersusun dengan kerjasama 50 orang sukarelawan yang membantu proses pemilihan dan pembelian baju raya anak anak yatim dalam kumpulan yang lebih kecil selain memastikan keselamatan mereka sepanjang program berjalan.

Program berakhir dengan acara penyampaian duit raya kepada anak-anak yatim oleh Pusat Jagaan Anak Yatim Smart IQ dan orang perseorangan

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com