Saturday, 11, May, 2024
Utama Politik Anak MB Perlis ditahan, drama menjelang PRK Kuala Kubu Baharu – Sanusi

Anak MB Perlis ditahan, drama menjelang PRK Kuala Kubu Baharu – Sanusi

oleh Ammar Haziq

KANGAR – Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menyifatkan 

penahanan anak Menteri Besar Perlis oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah drama menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu (KKB).

Menurutnya, tindakan tersebut tidak akan memberi kesan kepada PN bagi menghadapi PRK yang melibatkan empat penjuru itu.

“Penahanan anak Menteri Besar (Perlis) ini, drama dicipta untuk PRK. Semua orang tahu dan ia bukan rahsia besar. 

“Semua adegan itu adalah ‘setting’ untuk menghadapi PRK dan Kita gelak ja, dia akan buatlah beberapa drama itu,” katanya semasa ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat di Dewan 2020, di sini, pada Sabtu.

Jelasnya, usaha membasmi kegiatan rasuah tidak sepatutnya berfokus kepada pihak pembangkang semata-mata, namu perlu juga melibatkan negeri-negeri kerajaan.

“Kenapa Bahagian Operasi Khas (BOK) tidak pergi ke sana, tuju negeri-negeri tertentu saja. Siasatan terpilih, semua itu lawak.

“Saya nampak macam drama, tidak jejas apa. Orang pun tahu mungkin akan beri ‘backfire’ pada mereka semula,” ujar beliau.

Pada Rabu, media melaporkan anak kepada Menteri Besar Perlis antara enam individu yang direman SPRM bagi membantu siasatan pemalsuan dokumen tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Keseluruhan projek melibatkan kerja-kerja baik pulih, penyelenggaraan, pembekalan dan perkhidmatan bermula dari 2022 sehingga kini dianggarkan bernilai RM600,000.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com