Tuesday, 20, May, 2025
Utama Politik Pemilihan PKR : jika diberi pilihan, saya pilih Rafizi dan Izzah sebagai Timbalan – Anwar

Pemilihan PKR : jika diberi pilihan, saya pilih Rafizi dan Izzah sebagai Timbalan – Anwar

oleh Ammar Haziq

LANGKAWI: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa akan menyatakan sokongan kepada semua calon Timbalan Presiden dan Naib Presiden sekiranya diberikan pilihan.

Menurutnya, semua calon yang mengemukakan pencalonan adalah tokoh parti yang sangat layak untuk menjawat jawatan yang ditandingi, namun ahli perlu memilih sebahagian daripada mereka memandang terdapat kouta bagi setiap jawatan.

Beliau turut mengharapkan anggota parti untuk tidak memberikan kenyataan yang dianggap keterlaluan dan merendahkan mana-mana calon meskipun wujud perbezaan pandangan serta pendapat dalam satu perkara.

Ini kerana kebanyakan calon adalah individu yang telah lama dan setia bersama PKR selain banyak berkorban untuk kelangsungan parti sehingga berada pada tahap sekarang.

“Jadi janganlah kita bagi pandangan atau sanggahan yang berlebihan, kerana (terkadang) kita lupa, sehebat-hebat kita tidak boleh saingi sumbangan mereka yang ramai ini,

“Saya tengok senarai Naib Presiden terutamanya, ramai yang cukup layak, kalau saya boleh ada tempat umpamanya (kouta) dua Timbalan Presiden (untuk diisi), dua-dua saya sokong, kalau ada 11 Naib Presiden, 11 itu saya sokong,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pejabat PKR Langkawi di Kuah, pada Isnin.

Dalam perkembangan sama, beliau menyatakan bahawa kesemua calon yang bertanding untuk merebut jawatan di dalam parti adalah kumpulan sahabat yang banyak berjuang untuk PKR.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Tambun itu turut mengingatkan agar kempen bagi Pemilihan yang akan diadakan penghujung minggu ini berlangsung dengan penuh kasih sayang dan sifat ihsan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com