Friday, 27, December, 2024
Utama Politik Label UiTM aparteid, semua parti politik perlu bersatu kecam kenyataan tersebut

Label UiTM aparteid, semua parti politik perlu bersatu kecam kenyataan tersebut

oleh Ammar Haziq

POKOK SENA – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena, Mohd Farhan Ahmad memohon kepada para pemimpin politik di negara agar bersatu-padu mempertahankan integriti Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Menurutnya, kenyataan yang sangat menyingung kelompok masyarakat yang banyak berkorban sejak sebelum tanah air mengecapi kemerdekaan lagi perlu dielakkan dalam menjaga asas kepada tunjang pepaduan negara ini.

“Kenyataan yang dibuat oleh Andrew Sin juga adalah terang dan jelas melanggar prinsip 3R yang selama ini dilaungkan oleh Kerajaan Madani dan sekaligus bercanggah dengan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

“Saya mendesak agar semua komponen dalam Kerajaan Madani, kesemua 18 organisasi politik, termasuk PKR, DAP, Amanah, GPS, GRS, dan Warisan, untuk secara kolektif mengecam pernyataan yang menyebut UiTM sebagai “universiti apartheid”.

“Ini bukan hanya tanggungjawab pemimpin dan ahli politik dari Kerajaan Perpaduan, tetapi juga tanggungjawab Perikatan Nasional untuk bersama-sama mengecam dan mengambil tindakan yang sesuai terhadap Andrew Sin,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pihaknya mengucapkan terima kasih kepada dua pemimpin UMNO iaitu Dr Akmal Saleh dan Datuk Dr Ashraf Wajidi atas tindak-balas pantas mereka terhadap kenyataan Andrew Sin.

Menurutnya, kita sebagai masyarakat yang bertamadun, menolak dengan sekeras-kerasnya hasutan yang amat bahaya jika tidak dibendung.

“Saat ini adalah waktu yang kritikal bagi kita untuk menunjukkan solidaritas dalam mempertahankan Perlembagaan Malaysia, yang memberikan hak istimewa kepada UiTM dalam mendukung sistem pendidikan Bumiputera.

“Setiap tindakan yang menghina, budaya perli, atau berkata-kata sinis yang menyentuh prinsip 3R harus ditangani dengan serius. Sebagai penulis kanan di MalaysiaKini, seseorang tidak seharusnya mencetuskan ketidakselesaan antara kelompok masyarakat.

“Mengingat amaran yang telah diberikan oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, dan Menteri KDN, tindakan tegas harus diambil terhadap individu yang berani membuat pernyataan dan menyentuh tentang 3R. Ini adalah waktu yang tepat, dan contoh yang paling baik untuk bertindak dengan cepat dan tegas, agar tidak terlihat memilih kasih atau lambat dalam mengambil tindakan atau memberi respon,” ujar beliau lagi.

Pada Khamis, kolumnis sebuah portal berita dalam talian melalui penulisannya mengaitkan UiTM dengan amalan sistem aparteid yang membawa maksud sistem diskriminasi secara ras dan pengasingan kaum.

Sistem Apartheid adalah suatu dasar segregasi kaum yang zalim sehingga memuliakan kaum orang putih berbanding orang kulit hitam di Afrika Selatan.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com