Saturday, 27, July, 2024
Utama Negeri Anak syurga arwah Sarjan Faridah mula bertanyakan ibunya

Anak syurga arwah Sarjan Faridah mula bertanyakan ibunya

oleh Ammar Haziq

POKOK SENA – Anak syurga kepada Allahyarham Sarjan Faridah Abd Rahman, 39, mula bertanyakan tentang ibunya yang meninggal dunia di Kem Marakah, Lubnan pada 18 Mei lalu.

Nurul Jannah Azmi, 7, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) sindrom down mula memanggil nama ibunya pada Jumaat.

Adik arwah, Hafyzoh Abd Rahman, 21, berkata, anak saudaranya itu mula mencari ibunya berbanding tiga adik-beradik lain yang mula mengerti ibu mereka sudah meninggal dunia.

“Nurul Jannah mula mencari dan menyebut ibunya sejak semalam (Jumaat). Adiknya (Ainul Mardiah,4) sudah tahu dan menerima hakikat pemergian ibunya, dia (Ainul) kata ibu telah pergi buat selama-lamanya,” katanya semasa ditemui di perkarangan Masjid An-Anwar Kampung Tengah, Tualang, di sini, pada Sabtu.

Terdahulu, Jenazah Allahyarham Faridah, tiba di tanah perkuburan itu pada jam 9 pagi dan selamat dikebumikan pada jam 10.20 pagi mengikut adat istiadat ketenteraan.

Lebih 500 orang terdiri daripada ahli keluarga, sanak-saudara, kenalan serta penduduk tempatan turut memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah.

Faridah meninggalkan suami, Noor Azmi Ariffin,39 dan empat anak iaitu Nurul Syifa, 13; Muhammad Afnan, 10; Nurul Jannah dan Ainul Mardiah.

Keputusan awal bedah siasat yang dijalankan ke atas anggota Malbatt 850-11, Sarjan Faridah Abd Rahman yang meninggal dunia ketika bertugas bagi misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL), di Lubnan mendapati kematian arwah disebabkan serangan sakit jantung.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com