Saturday, 23, November, 2024
Utama Politik PH-BN yakin pertahan 3 negeri, rampas 2 negeri

PH-BN yakin pertahan 3 negeri, rampas 2 negeri

oleh admin

Putrajaya: Kerajaan Perpaduan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yakin dapat mempertahankan tiga negeri dan merampas dua negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, secara dasarnya tumpuan tetap akan diberi kepada semua enam negeri pada PRN nanti.

“Saya lihat tiga negeri itu boleh bertahan, Insya-Allah dan kita boleh menjurus kepada dua negeri lagi,” katanya ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Buku Adab Perbezaan Dalam Islam di Kompleks Islam Putrajaya, di sini hari ini.

Perdana Menteri turut mengesahkan sudah selesai mengadakan perbincangan pengagihan kerusi dengan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Setakat ini, tiada pertindihan kerusi antara PH-BN menjelang PRN itu nanti.

“Saya dan dia (Ahmad Zahid) hampir selesai (bincang) semunya…cuma kita beri ruang juga kalau ada pandangan yang dikemukakan kepimpinan negeri sama ada PH atau BN.

“Tetapi kalau dengan Ahmad Zahid sudah selesai dan setakat ini tiada pertindihan kerusi,” katanya.

Anwar turut mengesahkan akan melancarkan jentera pilihan raya pada perhimpunan besar yang akan berlangsung di Selangor, Jumaat ini.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com