Saturday, 4, May, 2024
Utama Politik Rampas Kedah pada PRN : PH boleh terus berangan – Sanusi

Rampas Kedah pada PRN : PH boleh terus berangan – Sanusi

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Pakatan Harapan (PH) boleh terus berangan-angan untuk merampas Kedah melalui peralihan undi 10 peratus daripada Perikanan Nasional (PN) kepada gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Memetik laporan Sinar Harian, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilaporkan berkata, perkara tersebut sukar berlaku dalam politik malah sokongan pengundi orang Melayu dilihat masih bersama PN.

“Perubahan pengundi Melayu susah berlaku, khususnya babitkan pengundi Melayu yang masih mahu bersama PN.

“Tak apalah, (PH) boleh teruskan berangan-angan,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis makan malam sempena penilaian Langkawi UNESCO Global Geopark di sini, pada Isnin.

Beliau berkata demikian mengulas, kenyataan Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar bahawa PH dan BN hanya perlu meraih sekitar enam hingga tujuh peratus sokongan pengundi Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk menang di 16 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Kedah nanti.

Menurutnya, sekiraya sokongan undi meningkat sehingga 10 peratus parti gabungan terbabit berpeluang menawan serta mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com