Saturday, 21, September, 2024
Utama Negeri Polis buka siasatan dakwaan Sanusi ‘test drive’ masa PKP penuh

Polis buka siasatan dakwaan Sanusi ‘test drive’ masa PKP penuh

oleh Ammar Haziq
Gambar yang tular di media sosial semalam.

JURU – Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, pihaknya akan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor pandu uji (test drive) kereta baharu di Juru Autocity, dekat sini pada Jumaat

Menurutnya, Siasatan dibuka mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan/ Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan)2021.

“Kita akan panggil beliau serta pemilik pusat pameran berkenaan untuk siasatan lanjut,” katanya yang dipetik melalui portal MalaysiaGazette.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa keping gambar Sanusi yang telah dimuatnaik oleh seorang wanita menunjukkan Sanusi berada di sebuah pusat pameran kereta di Juru Autocity pada jam 6.30 di tempat kejadiam.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com