Friday, 26, April, 2024
Utama Negeri Kami boring duduk rumah

Kami boring duduk rumah

oleh Ammar Haziq
Sebahagian individu yang ditahan kerana bermain judi mahjong semasa PKP Penuh sedang dikuatkuasakan.

KUBANG PASU – Keasyikan sekumpulan individu termasuk warga emas berusia 73 tahun bermain judi mahjong terbantut selepas pihak polis membuat serbuan di sebuah rumah di Taman Resak Changloon di sini petang semalam.

“Kita boring duduk rumah makan tidur makan tidur “, membuatkan salah seorang warga emas itu menyertai aktiviti perjudian di rumah rakannya yang di serbu pihak polis.

Serbuan berakhir jam 5 petang itu dilakukan hasil daripada intipan dan risikan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu bersama anggota Balai Polis Changloon.

Difahamkan, rumah tersebut dijadikan markas perjudian semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini kerana kedudukannya yang di lingkungi pagar zink dan tembok batu untuk mengaburi pihak berkuasa.

Ketika serbuan dibuat kesemua 14 individu termasuk seorang wanita warga asing itu sedang leka bermain judi mahjong.

Mereka yang ditahan terdiri daripada Sepuluh lelaki dan empat wanita yang berusia lingkungan 24 hingga 73 tahun.

Dalam serbuan itu, pihak polis turut merampas pelbagai barang yang disyaki digunakan untuk aktiviti perjudian mahjong dan wang tunai yang di jadikan wang pertaruhan judi.Kesemua mereka ditahan di lokap polis Jitra sementara proses permohonan reman pada harini.

Kesemua individu ditahan mengikut Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 dan di bawah Peraturan 17(1) PPDPPB 2020 kerana tidak mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Sumber : PDRM Kubang Pasu

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com