Monday, 29, April, 2024
Utama Politik PM Anwar ucap terima kasih kepada pengundi

PM Anwar ucap terima kasih kepada pengundi

oleh admin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang melaksanakan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri semalam.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau, Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) menyatakan akan terus mengenang sokongan yang diberikan kepada Kerajaan Perpaduan.

“Terima kasih kepada semua pengundi di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah. Saya hargai dan saya tidak lupa dukungan kalian,” katanya dalam hantaran itu.

Keputusan PRN enam negeri menyaksikan Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang dimenangi PH dan Barisan Nasional yang membentuk kerjasama sebagai Kerajaan Perpaduan.

Kelantan, Kedah dan Terengganu pula di bawah pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com