Sunday, 19, May, 2024
Utama Mahkamah & Jenayah Cadangan asing kuasa AG, Pendakwa Raya dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas – PM

Cadangan asing kuasa AG, Pendakwa Raya dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas – PM

oleh Ammar Haziq

PETALING JAYA: Cadangan pengasingan kuasa di antara Peguam Negara (AG) dan Pendakwa Raya di bawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, kata, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, satu kertas kerja sudah dibentangkan di Kabinet beberapa bulan lalu bagi mendapatkan sokongan terhadap pengasingan kuasa itu.

Katanya, hal ini kerana ia akan meningkatkan peranan AG dan Pendakwa Raya, namun, perkembangan masih lagi berterusan sebelum satu keputusan dibuat.

“Kami juga merujuknya kepada Select Committee (Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen) dan ia akan menelan belanja yang banyak (tetapi) berbaloi (sebab) jika ia perlu dilakukan, ia akan dilakukan.

“Namun, tolong jangan katakan cadangan itu belum diputuskan, kerana kerajaan kini membuat keputusan.

“Cuma, perkara itu tidak boleh dilaksanakan secepat mungkin dalam beberapa minggu… perlu mempunyai majoriti dua pertiga untuk pembaharuan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 2,500 jemaah termasuk 500 jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada isu berkaitan individu berpengaruh yang dilepas daripada pertuduhan mahkamah akan memotivasikan kerajaan untuk mengasingkan kuasa AG dan Pendakwa Raya.

Terdahulu, Anwar menunaikan solat Jumaat bersama kira-kira 2,500 jemaah termasuk 500 jemaah tabligh di Masjid Sri Petaling hari ini.

Sementara itu, mesyuarat Jemaah Menteri semalam membincangkan soal kerangka terakhir sebelum membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang merupakan satu anjakan daripada pendekatan lama.

Katanya, ia mudah-mudahan boleh terus menjana ekonomi yang lebih baik. 

“Apabila di (mesyuarat) ASEAN berjumpa Perdana Menteri China, Jepun, India, Presiden Korea dan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS)..mereka nampak perhatian Malaysia, Alhamdulillah, begitu baik,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com