Tuesday, 7, May, 2024
Utama Nasional Belanjawan 2024: KKM teruskan usaha reformasi sistem kesihatan negara

Belanjawan 2024: KKM teruskan usaha reformasi sistem kesihatan negara

oleh Ammar Haziq

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan meneruskan usaha reformasi sistem kesihatan negara melalui Belanjawan 2024 yang bakal dibentangkan Oktober ini bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kesejahteraan rakyat di samping menjana perkembangan ekonomi negara.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dalam satu kenyataan berkata semua input yang diterima pada sesi Dialog Belanjawan 2024 KKM semalam akan dipertimbangkan dalam penyediaan Belanjawan 2024.

Beliau berkata dialog berkenaan melibatkan 96 pemegang taruh daripada pelbagai sektor industri seperti perkhidmatan sokongan hospital, farmaseutikal, teknologi maklumat dan peranti perubatan.

“Penganjuran dialog ini merupakan usaha kerajaan dalam merangka Belanjawan 2024 yang bersifat inklusif dan mampan, selari dengan prinsip-prinsip diutarakan Ekonomi MADANI,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com