Monday, 29, April, 2024
Utama Negeri Warga emas ditemukan mati tangan kaki diikat, kesan jerut di leher

Warga emas ditemukan mati tangan kaki diikat, kesan jerut di leher

oleh Ammar Haziq

BALING – Seorang warga emas mati dipercayai dibunuh dengan tangan dan kakinya diikat serta terdapat kesan jerut di leher di rumahnya dekat Taman Desa Bidara di sini pada Ahad.

Menurut Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada orang awam jam 3.21 petang dan siasatan awal didapati bermotifkan samun.

“Lelaki warga tempatan berusia 71 tahun itu tinggal bersendirian setelah kematian isteri lapan tahun lalu.

“Polis telah menahan dua lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes ini dan mereka ditahan pada jam 3 pagi tadi di sekitar Kuala Ketil pada Isnin.

“Dua lelaki tersebut akan dipohon reman di Mahkamah Sik, pada Isnin bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan.” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Jelasnya, siasatan mendapati tempat kejadian adalah jenis teres setingkat dan berpagar serta tidak mempunyai kesan pecah masuk dan mangsa ditemui di atas katil bilik utama.

“Tempat kejadian tidak mempunyai CCTV dan pemeriksaan rakamanCCTV rumah jiran mendapati terakam dua lelaki bangsa tidak pasti menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna gelap dipercayai saspek telah keluar dari rumah tersebut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com