Friday, 3, May, 2024
Utama Negeri Polis buka kertas siasatan remaja 14 tahun langgar maut peniaga

Polis buka kertas siasatan remaja 14 tahun langgar maut peniaga

oleh Ammar Haziq

ALOR SETAR – Polis Kedah telah membuka kertas siasatan terhadap remaja perempuan berusia 14 tahun yang memandu kereta tanpa lesen sehingga menyebabkan kemalangan maut melibatkan seorang peniaga di Jalan Kuala Kedah pada Ahad. 

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berkata, pihaknya kini menunggu keputusan daripada pendakwaraya untuk dituduh di mahkamah dan siasatan dilakukan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Menurutnya, ujian urin dijalankan terhadap remaja tersebut mendapati negatif dadah selain telah memanggil ibu mangsa bagi menjalankan siasatan lanjut dan remaja tersebut kini berada di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 


Dalam pada itu, Fisol berkata, susulan daripada siasatan ke atas remaja terbabit telah membongkarkan kejadian mangsa pernah melakukan hubungan seks bersama dua lelaki.


Jelasnya, polis turut membuka satu lagi kertas siasatan di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Kesiksaan kerana merogol berikutan status remaja tersebut yang masih di bawah umur.


Polis telah menahan seorang suspek malam tadi dan sedang memburu seorang lagi lelaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes rogol tersebut.

“Seksyen di bawah kemalangan maut tu kita siasat dibawah seksyen 41 cuma sekarang ini kita menunggu keputusan daripada partologi untuk kita ambil tindakan sempurnakan kita punya kertas siasatan untuk kita bawa ke pendakwaraya pada masa yang sama juga siasatan di bawah 376,” katanya.

Artikel Berkaitan

© Copyright 2023 | kedahgazette.com